Selasa, 12 September 2017 | 11:19pm
Dari kiri, Penasihat SDMC, Mazlan Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tun Hairudin Abu Bakar; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden SDMC, Azhar Abd Aziz dan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Abd Jali.

25,000 orang meriahkan PDIBF 

 

KUALA LUMPUR: Festival Motosikal Antarabangsa Port Dickson (PDIBF) 2017 anjuran Kelab Motosikal Daerah Seremban (SDMC) pada 8 hingga 10 September lalu, berjaya menarik penyertaan seramai 15,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Festival berlangsung di pekarangan Mayang Sari Resort, Port Dickson dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

SDMC dalam satu kenyataan menyebut, festival tiga hari itu turut meraih sambutan lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

PDIBF yang dianjurkan secara tahunan sejak 2014 itu dimeriahkan dengan penyertaan syarikat korporat dan lebih 100 gerai jualan pakaian serta makanan, selain pameran pelbagai aksesori dan motosikal berkuasa tinggi.

"Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan hiburan dari kugiran tempatan, selain permainan pantai, aktiviti sukan santai serta cabutan bertuah.

"Turut diadakan, nyanyian NegaraKu dan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan Merdeka.

"Acara tahunan ini yang tercatat dalam kalendar utama festival Negeri Sembilan, mendapat kerjasama dan sokongan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, selain Mayang Sari Resort Port Dickson dan 'Fastbikes Triumph' masing-masing sebagai penaja lokasi dan emas," katanya.


Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama penganjur dan pengunjung semasa sessi ramah-mesra.

71 dibaca
Berita Harian X