Khamis, 12 Oktober 2017 | 9:34pm

Kerja pelancaran rasuk di NPE

KUALA LUMPUR: New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPESB) akan menjalankan kerja pelancaran rasuk di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Sabtu ini. 

Menurut kenyataan NPESB, kerja itu dilakukan mulai jam 11 malam hingga jam 5 pagi bermula dari Kilometer (km) 11 hingga KM11.3.

 

"Pelaksanaan pelan pengurusan trafik akan dilaksanakan bagi membolehkan kerja pelancaran rasuk dijalankan di kawasan terbabit.

 

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda keselamatan dan had laju ditetapkan," katanya.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi NPE Infoline di talian 1300881010.

238 dibaca
Berita Harian X