Rabu, 15 November 2017 | 10:45am
ANTARA rumah yang terjejas akibat banjir di Kampung Juntai, Simpang Durian, Jelebu.

6 dipindah, kampung dinaiki air

bhnews@bh.com.my

JELEBU: Seramai 16 penduduk daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara apabila rumah mereka dilanda banjir di Kampung Juntai, Simpang Durian di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata hujan lebat kira-kira lima jam sejak tengah hari semalam, menyebabkan air Sungai Triang di kampung itu melimpah ke kawasan rendah.


JALAN masuk ke Kampung Juntai, Simpang Durian, Jelebu yang dinaiki air.

"Penduduk dari enam rumah yang terjejas dipindahkan ke balai raya kampung itu secara berperingkat sejak jam 7 malam.

"Penduduk akan dibenarkan pulang apabila cuaca pulih dan banjir surut. Bagaimanapun, kita difahamkan paras air Sungai Triang masih berada pada tahap amaran," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jalan masuk ke kampung berkenaan juga dinaiki air dan pihaknya dibantu pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi lain akan terus memantau keadaan.

820 dibaca
Berita Harian X