;
Jumaat, 12 Januari 2018 | 7:42pm

Jalan Mohamad Yatim Yahaya ditutup 7 hari

KUALA LUMPUR: Jalan Mohamad Yatim Yahaya di Wangsa Maju, akan ditutup sementara bermula jam 10 malam hingga 6 pagi, selama tujuh hari mulai esok hingga 20 Januari ini.

Penutupan jalan itu adalah bagi memberi laluan pada kerja pemasangan rasuk untuk projek Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Syarikat konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 3 Sdn Berhad, dalam satu kenyataan turut memaklumkan beberapa laluan alternatif bagi memudahkan pengguna jalan terbabit.

Katanya, pengguna dari arah Setiawangsa / DUKE 1 dan Taman Sri Rampai, dinasihatkan membuat pusingan U menghala ke Pusat Bandar Wangsa Maju atau Seksyen 5, manakala, pengguna dari arah Wangsa Melawati atau Seksyen 4 pula, dinasihatkan menggunakan Jalan 6/27A.

Pasukan tindakan kecemasan (ERT) projek berkenaan akan ditugaskan bagi membantu kelancaran trafik sepanjang tempoh penutupan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi DUKE di talian bebas tol 03-62513100 atau layari laman web rasmi di http://www.duke.com.my.

190 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »