Rabu, 14 Februari 2018 | 10:06am
ANGGOTA bomba membersihkan kesan banjir di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Sebauh. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
ANGGOTA bomba membersihkan kesan banjir di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Sebauh. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
ANGGOTA bomba membersihkan kesan banjir di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Sebauh. - Foto ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Banjir Sarawak kian pulih

KUCHING: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi pagi ini, menunjukkan keadaan banjir hampir pulih sepenuhnya di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata sehingga jam 8 pagi ini, hanya PPS di Dewan Suarah Mukah masih dibuka dengan menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga.

Beliau berkata, PPS di Dewan Sukan Tatau, Bintulu ditutup kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas 59 mangsa daripada 17 keluarga dibenarkan pulang.

"Bagaimanapun, lima kawasan di daerah Beluru dalam bahagian Miri masih mengalami banjir termenung dengan ketinggian air antara 0.5 hingga satu meter," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, sembilan sekolah di daerah Dalat, Mukah, Baram dan Selangau belum beroperasi, menyebabkan 532 murid terus bercuti.

"Banjir dijangka pulih sepenuhnya berikutan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu," katanya.

Secara keseluruhannya, banjir yang melanda negeri ini sejak bulan lalu menyebabkan 6,974 mangsa daripada 1,989 keluarga ditempatkan di 46 PPS.

Sebanyak 10 bahagian dilanda bencana itu iaitu Kuching, Serian, Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

103 dibaca
Berita Harian X