Rabu, 28 March 2018 | 7:37pm
TAMAN Awam Batu Hampar Bandar Segamat turut di pilih antara lokasi Taman Botani Herba buat tujuan Penyelidikkan, Pendidikkan, Teduhan, Pusat Koleksi Maklumat, selain penyedaran kehijauan generasi pelapis. - Foto Ahmad Ismail
LOKASI Taman Awam Rekreasi Tasik di Bandar Segamat antara tiga lokasi Tanaman Botani Herba oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS). - Foto Ahmad Ismail

3 Taman Botani di Segamat

SEGAMAT: Majlis Perbandaran Segamat (MPS) akan mewujudkan tiga Taman Botani Herba sebagai pusat rujukan penyelidikan dan pendidikan di daerah ini.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos, berkata tiga lokasi dikenal pasti bagi pembinaan Taman Botani itu ialah Taman Rekreasi Awam di Batu Hampar seluas kira-kira satu hektar, Taman Awam Tasek (dua hektar) dan kawasan seluas 12 hektar di Jalan Segamat-Labis, dekat sini.

Katanya, kos bagi kesemua tiga lokasi taman Botani itu dianggarkan RM1 juta dengan RM500,000 peruntukan daripada MPS, manakala baki peruntukan menerusi Jabatan Landskap Negara dan Kerajaan Persekutuan.

"Taman Botani ini akan menjadi antara mercu tanda utama eko-pelancongan di daerah ini, sekali gus menjadikan kawasan ini dilabelkan penjenamaan saintifik tumbuhan herba," katanya selepas Mesyuarat Bulanan MPS, di sini, hari ini.

Miswan berkata, pelbagai tanaman botani itu juga akan disampelkan bagi tujuan penyelidikan kesesuaian tanaman dan menjadi rujukan kepentingan perubatan.

Katanya, pihaknya akan membina laluan pejalan kaki di lokasi berkenaan dan menaik taraf bangunan sedia ada, selain kerja penanaman pokok herba yang akan dimulakan sebaik peruntukan diluluskan.

251 dibaca
Berita Harian X