Jumaat, 12 Oktober 2018 | 3:58pm
Tinjauan persiapan Hari Sukan Negara 2018 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok di Stadium Bukit Jalil. - Foto Luqman Hakim Zubir

LRT, MRT percuma ke Bukit Jalil esok

KUALA LUMPUR: Rapid KL menawarkan perjalanan sehala percuma ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bersempena Hari Sukan Negara 2018 esok.

Perkhidmatan percuma itu sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap acara tahunan berkenaan.

“Ini bertujuan memudahkan dan menggalakkan pengunjung menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” menurut kenyataan media Rapid KL hari ini.

Pengguna boleh menikmati perkhidmatan LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) percuma dengan menggunakan token atau kad perjalanan Touch ‘n Go dan kad konsesi MyRapid.

“Bagi penggunaan kad perjalanan Touch ‘N Go dan kad konsesi MyRapid, tiada caj dikenakan apabila anda sentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil.

“Sekiranya ingin menggunakan token, pengguna boleh mendapatkan token secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT.

Perkhidmatan percuma itu terhad untuk lima jam antara jam 6 pagi sehingga 11 pagi,

Menurut kenyataan itu, semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Bukit Jalil esok sebagai sokongan kepada acara kayuhan basikal.

Bagi kemudahan penumpang, perkhidmatan LRT di stesen Bukit Jalil akan turut dilanjutkan sehingga jam 1 pagi Ahad.

909 dibaca
Berita Harian X