Selasa, 5 September 2017 | 12:45pm
HYUNDAI Motor menggantung pengeluaran di satu kilangnya di China hari ini selepas pembekal enggan mengeluarkan alat ganti berikutan kelewatan pembayaran.- Foto Reuters

Hyundai gantung pengeluaran kerana masalah pembekal

SEOUL: Hyundai Motor berkata ia menggantung pengeluaran di satu kilangnya di China hari ini selepas pembekal enggan mengeluarkan alat ganti berikutan kelewatan pembayaran.

Ini kejadian kedua dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Hubungan dengan pembekal dan usaha sama dengan BAIC Motor Corp Ltd menjadi sukar bagi pembuat kereta Korea Selatan di China, yang mengalami kejatuhan jualan berikutan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kerjasama Hyundai-BAIC baru sahaja menyambung semula pengeluaran di empat kilang di China pada 30 Ogos lalu selepas masalah bekalan menyebabkan pengeluaran terhenti kira-kira seminggu.

Kemudian, satu pembekal Perancis enggan menghasilkan tangki bahan api kerana tidak menerima bayaran.

Kali ini, firma lain enggan memberikan alat ganti untuk sistem beg udara, kata wakil pembuat kereta berkenaan, sambil menolak untuk menyatakan nama pembekal itu.

Bagaimanapun, tiga lagi usaha sama dari kilang China masih beroperasi.

Hyundai mengumumkan pada Isnin bahawa ia menggantikan ketua operasinya di China dengan Tao Hung Than, yang berasal dari China. - Reuters

1354 dibaca
Berita Harian X