Khamis, 7 Disember 2017 | 1:26pm

Beli Nissan, menang percutian ke Croatia

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia melancarkan satu kempen sepanjang bulan lalu, bagi menawarkan pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan peluang memenangi percutian bertemakan Star Wars: The Last Jedi ke Crotia.

   Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, berkata sempena tayangan pembukaan Disney Malaysia untuk filem Star Wars: The Last Jedi di Malaysia pada 14 Disember ini, ETCM akan mengadakan satu kempen promosi menarik yang menampilkan teknologi Nissan Intelligent Mobility daripada model terlarisnya.

Penghargaan kepada pelanggan

   Katanya, kempen itu menjadi satu platform untuk ETCM dan Nissan untuk memberi keterujaan kepada peminat Star Wars dan Nissan Intelligent Mobility tempatan.

   "Selain percutian itu, pelanggan turut berpeluang beg galas Star Wars esklusif selain tayangan khas dan pas wayang Star Wars: The Last Jedi, di samping promosi hebat model Nissan sepanjang bulan ini.

   "Kempen ini adalah cara terbaik untuk kami menyatakan penghargaan kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

   Nissan adalah rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, Star Wars: The Last Jedi.

Penjimatan hingga RM6,500

   Kenyataan itu berkata, pelancaran kempen itu akan diadakan pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) di  Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 12 November.

   "Sepanjang tempoh kempen berkenaan,  rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ditawarkan ke atas beberapa model terpilih Nissan.

   "Promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500 diberikan," katanya.

   Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Nissan di www.nissan.con.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan Nissan ETCM di talian 1800883838.

INFO
Jadual Karnival Pandu Uji

11 - 12 November  -   Sarawak    -     ETCM Kuching 

17 - 18 November   -  Sarawak     -    ETCM Bintulu 

17 - 18 November    - Timur      -   AEON Kota Bahru 

18 - 19 November   -  Tengah ETCM  -   Petaling Jaya 

18 - 19 November   -  Selatan     -    ETCM Johor Jaya 

18 - 19 November   -  Selatan    -     ETCM Semabok 

18 - 19 November   -  Utara    -     ETCM Ipoh 

18 - 19 November   -  Utara   -      ETCM Pulau Pinang, Weld Quay 

18 - 19 November   -  Sabah   -     ETCM Kota Kinabalu

Jadual Siri Jelajah

2 - 5 November   -  Central Square, Sungai Petani

 9 - 12 November   -  Malaysia Autoshow, MAEPS Serdang 

13 - 19 November  -   AEON Kota Bharu, Kelantan 

14 - 19 November  -   AEON Cheras Selatan, Balakong 

14 - 19 November  -   AEON Dato Onn, Johor Bahru 

16 - 19 November  -   Sunway Carnival Mall, Penang 

24 - 26 November  -   Karamunsing, Kota Kinabalu 

24 - 26 November  -   The Spring, Kuching

105 dibaca
Berita Harian X