Khamis, 11 Januari 2018 | 6:09pm
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Auto, Datuk Seri Ben Yeoh (tiga dari kiri) bersama tetamu pada majlis pelancaran Mazda CX-9 baharu di, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman
BAKAL penuhi cita rasa pelanggan. - Foto Muhammad Sulaiman
MENGGUNAKAN teknologi SKYACTIV-G 2.5 Turbo. - Foto Muhammad Sulaiman

Mazda CX-9 serlah gaya premium

BERMAZ Motor Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Mazda di Malaysia melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premiumnya, Mazda CX-9 baharu untuk pasaran Malaysia.

Mazda CX-9 dengan SKYACTIV-G 2.5 Turbo ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.5L 2WD dan 2.5L 4WD yang masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan termasuk insurans RM289,571.46 dan RM305,912.42.

Model SUV mewah menetapkan satu standard baharu bagi ruang, keselesaan dan ciri premium dalam kelasnya.

Mazda CX-9 baharu memperjelaskan inovasi kejuruteraan dinamik dan tarikan manusia kenderaan menerusi senarai fungsi keselamatan terbaik iaitu aktif, pasif dan proaktif bersamaan dengan reka bentuk baharu.

Menerusi CX-9 baharu, Mazda mengimbangi trend lebih maklumat kepada pemandu dengan rekaan kokpit membolehkan proses membuat keputusan tanpa kekeliruan dan komunikasi intuitif antara pemandu dan kenderaan.

Kuasa sempurna

Menggunakan teknologi SKYACTIV-G 2.5 Turbo termasuk tekanan turbo dinamik pertama dunia dengan pelbagai saluran ekzos 4-3-1, ia menghasilkan tork dan kuasa yang sempurna.


MENERUSI CX-9 baharu, Mazda mengimbangi trend lebih maklumat kepada pemandu. - Foto Muhammad Sulaiman


DENGAN enjin SKYACTIV-G 2.5 Litre Turbo empat silinder sebaris 16 injap DOHC, ia mampu menghambur 228 kuasa kuda (hp) pada 5,000rpm dan tork 228Nm pada 5,000 rpm. - Foto Muhammad Sulaiman

Dengan enjin SKYACTIV-G 2.5 Litre Turbo empat silinder sebaris 16 injap DOHC, ia mampu menghambur 228 kuasa kuda (hp) pada 5,000rpm dan tork 228Nm pada 5,000 rpm.

Mazda CX-9 yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu turut dipadukan dengan transmisi SKYACTIV DRIVE 6-kelajuan automatik dengan mod manual yang mampu menghasilkan pecutan maksimum 210 kilometer sejam (km/j).

Selain rekaan menakjubkan, Mazda CX-9 turut dilengkapi dengan sistem keselamatan dinamik i-ACTIVSENSE yang merangkumi Adaptive LED Headlights (ALH); Smart City Brake System (SCBS); Lane Departure Warning System (LDWS); Lane-Keep Assist System (LAS); Blind Spot Monitoring (BSM); Rear Cross Traffic Alert (RCTA); dan Driver Attention Alert (DAA).

Mazda CX-9 baharu ditawarkan dengan lima warna pilihan iaitu `Machine Grey', `Snowflake White Pearl', `Deep Crystal Blue', 'Sonic Silver' dan 'Jet Black'.

Bermaz juga menawarkan jaminan pengilang lima tahun yang mana semua model Mazda yang didaftarkan mulai 1 Februari 2017 akan menikmati jaminan lima tahun atau 100,000 kilometer (km) dan penyelenggaraan tiga tahun atau 60,000 km.

Info

Harga atas jalan termasuk insurans Mazda CX-9 2.5L

* 2WD - RM289,571.46

* 2.5L 4WD - RM305,912.42

269 dibaca
Berita Harian X