Isnin, 5 March 2018 | 7:00am
PENAMPILAN luaran yang mewah termasuk bampar hadapan baharu, gril hadapan baharu dan rekaan lampu LED yang baharu.

Honda Odyssey baharu lebih mengancam

HONDA Malaysia menambah rangkaian model yang dilengkapi dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya apabila memperkenalkan model pertama untuk tahun 2018, Odyssey Baharu dengan Honda SENSING.

Odyssey baharu adalah model ketiga selepas CR-V dan Accord yang dilengkapi Honda SENSING, ciri keselamatan yang memenangi anugerah dalam 2016 ASEAN NCAP Grand Prix bagi kategori "Teknologi Keselamatan Terbaik" oleh pengeluar kenderaan.

Pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu melengkapkan model yang dilengkapi Honda SENSING di Malaysia dalam segmen sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan MPV.

Honda SENSING yang ditawarkan menerusi Odyssey terdiri daripada enam ciri yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu keselamatan dan kemudahan & keselesaan.

Bagi kategori keselamatan, ia merangkumi Forward Collision Warning (FCW) akan mengeluarkan amaran secara visual dan bunyi kepada pemandu apabila kamera monokular dan radar gelombang millimeter mengesan wujud risiko perlanggaran dengan kenderaan di hadapan.


ODYSSEY baharu juga dilengkapi dengan enam beg udara.

Ciri keselamatan termaju

Collision Mitigation Braking System (CMBS) membantu menekan brek secara progresif apabila ia mengesan risiko berlakunya perlanggaran.

Lane Departure Warning (LDW) memantau posisi kenderaan menggunakan kamera dan memberi amaran kepada pemandu jika ia keluar melepasi garisan jalan.

Road Departure Mitigation (RDM) memberi amaran, menekan brek dan membantu mengekalkan stereng agar pemandu tidak terbabas keluar dari jalan raya.

Bagi kategori kemudahan & keselamatan ia membabitkan Adaptive Cruise Control (ACC) menetapkan kelajuan dan selang jarak dengan kenderaan di hadapan.

Lane Keep Assist System (LKAS) menggunakan kamera untuk mengenal pasti garis jalan dan membantu pemandu agar kenderaan sentiasa berada di bahagian tengah laluannya.

MPV premium terbaik Honda

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial, berkata: "Dengan adanya Honda SENSING, Odyssey baharu dijangka dapat meningkatkan penanda aras keselamatan segmen MPV di Malaysia menerusi ciri keselamatan premium yang tiada tandingannya.


RUANG penyimpanan barang tambahan dengan utiliti yang dipertingkatkan.

"Odyssey baharu turut dilengkapi "Multi-view Camera System", "Smart Parking Assist System" dan "Blind Spot Information" yang memberi amaran jika kenderaan lain berada dalam titik buta ketika pemandu menukar haluan.

"Cross Traffic Monitoring" pula memberikan bunyi amaran apabila wujud risiko perlanggaran dengan kenderaan yang menghampiri rapat, sekali gus melindungi MPV ini.

"Selain semua ciri yang eksklusif pada Odyssey ini, Odyssey baharu juga dilengkapi dengan enam beg udara."

Ciri keselamatan luar biasa di dalam MPV ini disempurnakan lagi untuk penampilan luaran yang mewah termasuk bampar hadapan baharu, gril hadapan baharu dan rekaan lampu belakang LED yang baharu.

Ruang kabin Odyssey baharu juga menerima penambahbaikan yang lebih praktikal termasuk perehat tangan yang lebih besar di bahagian pemandu, tempat duduk penumpang kuasa 4-cara, ruang penyimpanan barang tambahan dengan utiliti yang dipertingkatkan.

Odyssey baharu mengekalkan ciri tersendiri dari model terdahulu yang tampil dengan 'silhouette' tersendiri dan cukup kemas, ruang dalaman luas dan elegan, serta dilengkapi pelbagai ciri moden untuk sebuah MPV.

Pecutan dinamik

Dari segi prestasi, Odyssey baharu dikuasakan oleh enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan Earth Dreams Technology dan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT).


ODYSSEY baharu mengekalkan ciri tersendiri dari model terdahulu yang tampil dengan 'silhouette' tersendiri dan cukup kemas, ruang dalaman luas dan elegan.

Ia menawarkan pecutan yang dinamik dan terbaik dalam kelasnya dari segi penjimatan bahan api, sama ada dipandu di bandar mahupun lebuh raya.

Dengan Odyssey baharu yang menawarkan lebih banyak ciri dan teknologi, Honda Malaysia yakin dapat meningkatkan nilai MPV yang bergaya ini.

Odyssey baharu ditawarkan dalam satu varian, 2.4L EXV dengan Honda SENSING pada harga RM254,800 tanpa insurans (termasuk GST).

Ia akan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Platinum Putih Mutiara (Platinum White Pearl) dan Premium Hitam Mutiara (Premium Twinkle Black Pearl) dan Perak Metalik (Super Platinum Metallic).

Odyssey baharu dengan Honda SENSING kini sudah dibuka untuk tempahan di semua 93 pengedar Honda di seluruh negara.

Ia hadir bersama jaminan selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 kilometer (km) untuk memberi pemilik lebih Keseronokan Membeli (Joy of Buying).


ODYSSEY baharu turut dilengkapi "Multi-view Camera System", "Smart Parking Assist System" dan "Blind Spot Information" yang memberi amaran jika kenderaan lain berada dalam titik buta ketika pemandu menukar haluan.

Info:
Honda Odyssey

  • Harga atas jalan tanpa insurans RM254,800
  • Enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan Earth Dreams Technology
  • Kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT)
2113 dibaca
Berita Harian X