Selasa, 6 March 2018 | 7:00am
SERAMAI 25 peserta 'GIVI Explorer - The Golden Triangle Adventure' bergambar kenangan selepas melintasi tiga negara di Indochina, baru-baru ini.

Cabaran kembara Segi Tiga Emas

GIVI, pengeluar aksesori motosikal terkemuka dari Itali membawakan 25 peserta dari seluruh dunia menyertai GIVI Explorer - The Golden Triangle Adventure untuk melintasi tiga negara di Indochina, iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam, baru-baru ini.

Inisiatif yang turut digelar sebagai GIVI Explorer Tour itu adalah kembara untuk menguji produk terbaru GIVI dalam keadaan persekitaran dan cuaca ekstrem.

Peserta terpilih adalah dari China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Colombia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam dan Malaysia.

Motosikal yang digunakan dipilih daripada pelbagai model dan jenama untuk mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.

Antaranya, Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.

Tempuh cuaca ekstrem

Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca, berkata GIVI Explorer adalah medan terbaik untuk mengguna dan menguji produk terbaru.

"Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan maklumat dapat kami kumpulkan untuk dipanjangkan kepada jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekali gus dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna.

"Selain itu, kami juga mengambil peluang kembara ini untuk melakukan kerja amal, iaitu 'Riding for Reading' dengan kami memberi sumbangan berbentuk alat tulis, makanan, susu dan dana tunai untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dari Ho Chi Minh City, Vietnam," katanya.

Acara ini turut disertai oleh Timbalan Presiden GIVI, Hendrika Visenzi yang mewakili pihak ibu pejabat dalam menyumbangkan barangan kepada kanak-kanak berkenaan.

Info:
GIVI Explorer - The Golden Triangle Adventure

* 25 peserta dari seluruh dunia

163 dibaca
Berita Harian X