Rabu, 7 March 2018 | 7:00am
WHITE Orchid Pearl untuk Jazz.
WHITE Orchid Pearl untuk BR-V.
WHITE Orchid Pearl untuk HR-V.
WHITE Orchid Pearl untuk City.

Honda perkenal pilihan warna baharu

HONDA Malaysia memperkenalkan pilihan warna premium baharu, iaitu White Orchid Pearl bagi model BR-V, HR-V, Jazz dan City.

Warna baharu ini adalah bagi menggantikan Taffeta White untuk empat model berkenaan.

Sebelum ini, Civic pemasangan tempatan (CKD) menjadi model pertama ditawarkan dengan White Orchid Pearl disusuli dengan model Accord pada 2016.

Sejak diperkenalkan dengan warna berkenaan, dua model berkenaan mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.

Honda Malaysia berkata, White Orchid Pearl menyumbang 38 peratus jualan keseluruhan bagi Civic dan 33 peratus (Accord) setakat ini.

Permintaan tinggi

Berikutan permintaan tinggi bagi warna White Orchid Pearl, Honda Malaysia kemudian memperkenalkan warna premium itu untuk model CR-V tahun lalu dengan ia menyumbang 26 peratus kepada jualan model itu ketika ini.

Honda Malaysia berkata, keputusan untuk memperkenalkan White Orchid Pearl bagi lebih banyak model Honda adalah berdasarkan permintaan pelanggan.

"Dengan langkah ini, boleh dikatakan hampir semua barisan model yang ditawarkan oleh Honda Malaysia kini boleh ditempah dengan warna White Orchid Pearl.

"Bagaimanapun, tempoh menunggu untuk empat model baharu adalah sekitar satu hingga dua bulan selain surcaj berjumlah RM120 dikenakan untuk Jazz dan City varian petrol; RM300 bagi BR-V dan HR-V," katanya.

Warna baharu ini boleh didapati bagi BR-V dan HR-V mulai minggu ketiga Februari 2018.

Info:
Surcaj warna White Orchid Pearl

  • RM120 - Honda Jazz dan City (petrol)
  • RM300 - Honda BR-V dan HR-V
1429 dibaca
Berita Harian X