Ahad, 11 March 2018 | 7:00am
MUSTAFA Kamil bersama Chevrolet Colorado yang dimenanginya.

Ahli perniagaan bawa pulang Chevrolet Colorado

NAZA Group of Companies (Naza Group) mengumumkan ahli perniagaan, Mustafa Kamil Mohamed sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Belanja dan Menang Merdeka Autofair 2017.

Dalam satu kenyataan, baru-baru ini, Naza berkata, pertandingan Belanja dan Menang Naza Merdeka Autofair 2017 dianjurkan sempena meraikan ulang tahun Naza Group ke-42 bersama sambutan kemerdekaan ke-60.

Acara yang berlangsung bermula 10 hingga 13 Ogos tahun lalu itu mendapat kunjungan lebih 3,000 orang dan penyertaan sebanyak 10 jenama di bawah Naza Group.

Dipilih antara 600 peserta

Pengunjung yang melakukan pembelian kenderaan pada tempoh 10 hingga 31 Ogos 2017 ditawarkan peluang untuk memenangi Chevrolet Colorado dan setiap pembelian kenderaan disertakan satu borang penyertaan.

Mustafa layak menyertai pertandingan itu selepas membeli Toyota Vellfire 2.5 ketika mengunjungi acara tahunan itu dan beliau dipilih sebagai pemenang antara 600 peserta.

"Saya tidak sangka apabila diumum sebagai pemenang bertuah. Terima Kasih kepada Naza kerana menganjurkan Merdeka Autofair 2017," katanya.

301 dibaca
Berita Harian X