Rabu, 14 March 2018 | 7:00am
PROGRAM CSR TC Subaru Sdn Bhd rai 37 anak yatim.

Lebih 100 meriahkan Subaru Charity Drive

LEBIH 100 peserta menjayakan acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran TC Subaru Sdn Bhd dikenali Subaru Charity Drive 2018.

Acara anjuran pengedar rasmi Subaru di Malaysia adalah untuk meraikan 37 anak yatim dan enam penjaga dari SHELTER - Home For Children, Petaling Jaya.

Kira-kira 34 kakitangan TC Subaru bersama 71 ahli Kelab Pemilik Forester Malaysia dan 12 kakitangan pengedar sah Subaru menyertai acara yang dimulakan dari ibu pejabat TC Subaru di Petaling Jaya.

Subaru Charity Drive 2018 bermula apabila anak yatim dijemput di premis mereka di Petaling Jaya menaiki kenderaan Subaru untuk menikmati makan tengah hari di Restoran 3 Lautan di Seri Kembangan, Selangor.

Lawat zoo bandar

Selepas majlis makan tengah hari, semua peserta di bawah ke Farm In The City, iaitu zoo bandar yang turut terletak di Seri Kembangan bagi meraikan anak yatim.

Menurut TC Subaru, Subaru Charity Drive 2018 dianjurkan untuk mewujudkan kesedaran mengenai makna dalam kehidupan untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.

"Tujuan kita membawa mereka ke Farm In The City kerana mahu kakitangan, kelab pemilik Forester dan kanak-kanak berseronok dan menikmati keindahan alam sekitar di tengah bandar.

"TC Subaru mahu mengeratkan hubungan antara pihak berkepentingan di mana semua saling bergantungan antara satu dengan lain," katanya.

Info:
Subaru Charity Drive 2018

  • Lebih 100 peserta terbabit
120 dibaca
Berita Harian X