;
Khamis, 3 Mei 2018 | 7:30am
KAWASAKI Z900 pilihan mereka yang mahukan gaya, prestasi dan penampilan menonjol.

Warna baharu Kawasaki Z900

KAWASAKI Motors Malaysia Sdn Bhd (Kawasaki) memperkenalkan warna baharu jentera 'supernaked', Z900 yang boleh didapati di pasaran mulai 16 April lalu.

Sejak menggantikan model Z800, model berkuasa 948cc ini menjadi pilihan ramai bagi mereka yang mahukan gaya, prestasi dan penampilan menonjol.

Dengan warna baharu, 'Metallic Green Black, Kawasaki menjangkakan ia akan mendapat sambutan lebih menggalakkan daripada peminat jentera terbabit.

Kawasaki berkata, maklum balas pelanggan menjadi keutamaannya.

"Secara keseluruhan, terdapat dua warna bagi setiap Kawasaki Z900 ABS standard (Grey & Green) dan Special Edition (Metallic Blue & Metallic Red).

Kawasaki Z900 menggunakan enjin sejukan cecair, 4 lejang sebaris, dengan sistem 16 injap DOHC.

Ia mampu menghambur 125 PS pada 9,500 rpm dan tork puncak 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Dengan 'slipper clutch' yang digunakan semua jentera lumba, Z900 adalah pilihan yang tepat untuk kegunaan harian, mahupun konvoi hujung minggu.

1084 dibaca
Berita Harian X