Selasa, 8 Mei 2018 | 7:00am
Honda Malaysia melancarkan kempen tawaran kepada pelanggan yang mendaftar dan membeli model Civic Type R baharu.

Kempen Honda Malaysia tawar ganjaran menarik

Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen yang menawarkan ganjaran khusus kepada pelanggan yang mendaftar dan membeli model baharu Civic Type R antara April hingga Jun 2018.

Menerusi kempen itu, pemilik-pemilik Civic Type R baharu terbabit berpeluang untuk memenangi percutian eksklusif benilai RM30,000 ke Jepun bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) di Suzuka pada Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, Honda Malaysia berkata, pelanggan yang membeli dan mendaftar Civic Type R baharu pada tempoh kempen berlangsung perlu mengisi borang dan menjawab dua soalan ringkas di mana-mana 20 cawangan pengedar Honda Sport.

10 pemenang akan dipilih

"10 pemenang eksklusif akan dipilih berdasarkan kreativiti mereka dalam menjawab dua soalan berkenaan.

"Pemenang akan menerima dua tiket penerbangan Business Class, dua tiket menyaksikan perlumbaan F1, penginapan lima hari empat malam di Jepun dan dua barangan rasmi Honda yang kesemuanya bernilai sehingga RM30,000," katanya.

Civic Type R baharu itu dilancarkan pada November 2017, dan ia dikuasakan enjin 2.0 liter VTEC pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 310 PS dan tork maksimum 400 Nm.

Didatangkan dengan tiga mod iaitu 'Comfort', 'Sport' dan '+R', ia sekali gus membolehkan pemandu untuk merasai prestasi pemanduan dinamik berbeza bergantung kepada keadaan persekitaran.

Malah, pilihan mod itu juga menawarkan pemanduan berprestasi seperti jentera kereta lumba serta keselesaan untuk kegunaan harian.

Sejak dibuka untuk tempahan pada 1 Oktober 2017, Honda Malaysia menerima lebih 100 tempahan untuk model baharu berkenaan. Ia dijual pada harga RM320,000 tidak termasuk insurans.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1800882020 atau melayari pautan www.honda.com.my.

INFO: 20 cawangan pengedar Honda Sport

Wilayah Tengah
- Autoworld Asia Sdn Bhd
- Botanic Auto Mall Sdn Bhd
- Global Amity Sdn Bhd (Bangi)
- Kah Motor Co Sdn Bhd - Selayang
- Sri Utama Auto Sdn Bhd
- USJ Car Express Sdn Bhd
- MH Prestige Auto Sdn Bhd
- Peringgit Sri Motor Sdn Bhd
- Tenaga Setia Resources Sdn Bhd
- The Millenium Auto Carriage

Pantai Timur
- Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd

Sabah dan Sarawak
- Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd

Wilayah Utara
- Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd
- Formula Venture Sdn Bhd
- Kah Motor Co Sdn Bhd - Sg Pinang
- Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd
- Yooi Cars Sdn Bhd

Wilayah Selatan
- Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)
- Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd
- Yong Ming Motor Sdn Bhd

1809 dibaca
Berita Harian X