Sabtu, 26 Ogos 2017 | 9:00am
Sunsuria City

Sunsuria City penuhi elemen tarikan hartanah

KUALA LUMPUR: Sunsuria City, perbandaran bercampur pertama kumpulan hartanah Sunsuria Bhd (Sunsuria) direka dan dibina bagi memenuhi prinsip asas "Pintar, Boleh Didiami dan Mapan" atau SLS.

Pembangunannya mengambil kira pelbagai elemen yang diperlukan pembeli hartanah moden.

Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Datuk Ter Leong Yap, berkata pihaknya mengakui dengan mengenal pasti pemangkin dan kandungan yang tepat dalam sektor hartanah adalah kunci kejayaan yang akan menarik minat orang ramai.


DATUK Ter Leong Yap

"Kami berminat mewujudkan persekitaran yang menyegarkan dan menarik bagi mendorong orang ramai, termasuk pelancong ke perbandaran Sunsuria City kerana ia akan meningkatkan nilai serta kelestarian bagi penduduk dan pelabur.

"Bagi meletakkan Sunsuria sebagai pemaju pemangkin dan "pencipta kandungan" yang berjaya, syarikat memanfaatkan rangkaian dan sumber yang kukuh seperti Universiti Malaysia Xiamen, iaitu pemangkin utama untuk Sunsuria City, selain ia berdekatan dengan Horizon Village Outlets dan Rangkaian Rel Ekspres (ERL)," katanya dalam kenyataan kepada BH, baru-baru ini.

Sunsuria City dianggap antara bandar satelit bertaraf dunia dan ia dirancang dengan teliti bagi memastikan komponen taman pendidikan, kediaman, komersial dan taman yang berlainan disepadukan dengan lancar.

Bagi mencapai matlamat itu, bahagian utara perbandaran berkenaan dikhaskan untuk hartanah kediaman dan kemudahan gaya hidup, termasuk Horizon Outlet Village, perkampungan Korea-Perancis Provence Village dan kelompok komersial seperti Jasper Square.

Sebagai perbandaran pintar, Sunsuria City disokong oleh infrastruktur pintar seperti jalur lebar berkelajuan tinggi bersepadu, keselamatan pintar dan penyelesaian kehidupan ICT yang lain.

Selain itu, bagi mewujudkan perbandaran yang boleh didiami, Sunsuria juga memberi penekanan kepada kehidupan komuniti di mana penduduk boleh bercampur dan bergaul melalui rangkaian laluan berbasikal dan pejalan kaki yang luas, serta perkhidmatan perkongsian basikal.

Pembangunan itu turut mempunyai taman rekreasi menghijau dan beberapa kawasan yang memiliki elemen air.

Secara keseluruhannya, Sunsuria City dibina sebagai sebuah perbandaran yang menepati inisiatif pembangunan hijau yang mapan serta menggabungkan ciri-ciri cekap tenaga bagi mengurangkan pembaziran dan memelihara ekosistem.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/sunsuriaberhad/?ref>aymt_homepage_panel.

Info:

- Sunsuria City meliputi kawasan seluas 525 ekar (212 hektar) dan menyediakan keperluan kehidupan harian.

- Pembangunan perbandaran itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion.

- Terdiri daripada gedung membeli-belah, kondominium, pangsapuri servis, kedai komersil, sekolah, taman, hotel dan rumah kediaman

- Lokasi strategik di Putrajaya Selatan di Salak Tinggi dan berada dalam rantau Greater Kuala Lumpur.

487 dibaca
Berita Harian X