Sabtu, 11 November 2017 | 10:45am
KETUA Eksekutif PIP Group Sdn Bhd, Justin Chew. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
FOTO hiasan. Projek 10 Residensi.

Perubahan gaya pelaburan hartanah

PASARAN hartanah yang disifatkan masih perlahan pada tahun ini menyebabkan pelabur hartanah mula mencari potensi pelaburan baharu di luar negara. Terdapat beberapa faktor yang mendorong pelabur memilih pasaran luar negara antaranya,termasuk penurunan komuniti ekspatriat yang sebahagian besarnya menguasai pasaran hartanah atasan di negara ini serta kelemahan nilai ringgit.

Ramai yang beranggapan bahawa pemilikan hartanah di luar negara akan menelan jumlah pelaburan yang besar, tetapi sebenarnya masih ada pasaran yang masih mampu dimiliki oleh pelabur tempatan.

Jika dulu, pasaran yang menjadi pilihan rakyat tempatan adalah di United Kingdom, Australia dan Singapura tetapi kini pelabur mula mengalih tumpuan kepada hartanah di Bangkok, Thailand serta di Tokyo, Jepun. PIP Group Sdn Bhd, firma perunding hartanah antarabangsa yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memasarkan hartanah dari dua bandar besar itu turut berasakan perubahan gaya pelaburan hartanah ini.

Faktor tarikan

Menurut Ketua Eksekutifnya, Justin Chew, pihaknya menyaksikan pertumbuhan pembeli tempatan untuk hartanah di Bangkok meningkat antara 30 hingga 37 peratus tahun ke tahun.

"Bangkok dan Tokyo menjadi pilihan pelabur hartanah atas beberapa faktor seperti prosedur pembelian yang mudah selain pulangan yang tinggi. "Berbanding kawalan kerajaan ke atas pemilikan hartanah oleh warganegara asing di sini, Kerajaan Thailand hanya mengenakan

sekatan ke atas pembelian rumah di atas tanah dan ini bermakna, pelabur boleh membeli rumah apartmen atau kondominium untuk tujuan sewaan.

"Bagi bandar Tokyo pula, benar, sebelum ini harga hartanah di sana adalah amat tinggi sehinggalah berlakunya kejatuhan ekonomi pada 2008 sehingga menjejaskan sektor eksport, hartanah dan pelancongan mereka. "Ia berikutan polisi tertutup yang mereka laksanakan sehinggalah Perdana Menteri, Shinzo Abe dilantik menerajui negara berkenaan pada 2012 dan mengubah struktur ekonomi Negara Matahari Terbit itu.

Harga masih rasional

"Abe melaksanakan program kadar faedah yang amat rendah ke atas pinjaman dan ia menggalakkan syarikat luar untuk mewujudkan ibu pejabat mereka di negara berkenaan. "Selain itu, nilai yen yang rendah juga menarik minat pelabur untuk membuat pelaburan di sana," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kebiasaannya pelabur tempatan akan membeli hartanah berhargaenam juta baht (RM750,000) ditengah ibu kota Bangkok dan 54juta yen (RM2 juta) di Tokyo.

"Harga itu dianggap masih mampu dibeli oleh pembeli dari negara ini berbanding harga hartanah di pasaran konvensional lain," katanya.

468 dibaca
Berita Harian X