Selasa, 28 November 2017 | 9:40pm

MB World beli tanah di Johor

KUALA LUMPUR: MB World Group Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, MB Max Sdn Bhd (MBM), membeli 252 bidang tanah pegangan kekal lot kediaman teres di Johor, daripada Shiya Sdn Bhd berjumlah RM8.15 juta.

Lot berkenaan direka untuk perumahan mampu milik jenis teres Courtyard 2 terletak di Jalan Persisiran Pulai Perdana 1 di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, Johor, katanya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pemerolehan itu akan membolehkan MBM terus dan mengekalkan kegiatan pembangunan hartanahnya.

Tanah itu terletak di kawasan strategik dan mudah diakses serta disambungkan dengan lebuh raya utama.

Lokasi yang strategik, dikelilingi oleh kemudahan serta pembangunan pantas yang dialami sekitarnya, disebabkan oleh pertumbuhan penduduk serta pembangunan komersial dan kediaman yang baru, dijangka menjana lebih banyak pulangan dalam jangka sederhana dan panjang. - BERNAMA

1569 dibaca
Berita Harian X