Ahad, 22 April 2018 | 3:52pm
Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin (tujuh dari kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Development Group Berhad, Datuk Chang Khim Wah (tiga kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Eco Ardence, Liew Tian Xiong (dua dari kiri) serta rakan kongsi bergambar ketika Pembukaan Besar-Besaran Eco Ardence di Setia Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Eco Ardence Labs hab komersial terbaharu Setia Alam

SHAH ALAM: Hab komersial terbaharu di Setia Alam, Eco Ardence Labs kini beroperasi dengan merangkumi 27 jenama sejak Mac lalu.

Pengurus Besar Bahagian Eco Ardence, Liew Tian Xiong, berkata ia akan menjadi lokasi komersial bandar yang unik berikutan struktur binaan yang berkonsepkan kontena.

"Ardence Labs dibangunkan di atas tanah berkeluasan 10.9 hektar bagi memberi penduduk setempat dan pengunjung menikmati pilihan gaya hidup berbeza daripada pusat komersial tradisional sedia ada.

"Kami mahu tempat unik dengan campuran penyewa yang juga unik. Justeru, kami berusaha mendekati usahawan baru supaya mereka dapat menggunakan peluang ini sebagai platform meningkatkan diri dan mengukuhkan jenama mereka.

"Mereka boleh mengunakan peluang ini sebagu permulaan merealisasikan pelan induk (blueprints) dan rancangan perniagaan mereka," katanya pada majlis pembukaan rasmi Eco Ardence di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Cascara Sdn Bhd, Mohamad Nadziff Bustari.

Jenama yang sudah beroperasi di Ardence Labs antaranya Jaya Grocer, hotel haiwan peliharaan Cocomomo, Mini Wespo, Masterclean, Healthlane, i1 Fitness, Cykel & Cyclist dan Famous Kleener.

Selain itu, terdapat kedai dan restoran berangkai terkenal dan unik seperti Nyonya Heritage; Tato Tato, Piacevole, Mich'sology, Tealive, Llao llao, U-Mai, AROI Mak Mak, U Bistro, Laughing Monkey, Kebab Bowl, Lets Joy Cafe, Hinata Cafe, Big Blind, Bambu Biryani dan Chaiwala & Co.

Kata Tian Xiong, pihaknya menyediakan lokasi komersial yang fleksibel dan memberi pengalaman berbeza dengan berkonsepkan blok kontena yang boleh diubah menjadi besar atau kecil mengikut kehendak penyewa.

"Selain itu, Ardence Labs mempunyai Catridge Plants yang menggalakkan kemampanan makanan melalui pertanian bandar yang mudah di rumah serta rumah hijau kaca dan padang bola," katanya.

Sementara itu, projek siri 'Lab' lain yang akan dilancarkan adalah Grandeur Labs di Eco Grandeur Puncak Alam; Majestic Labs di Eco Majestic Semenyih dan Spring Labs di Eco Spring & Summer Iskandar Malaysia.

Pada majlis itu, pengunjung turut dibawa melihat lapan unit rumah contoh yang terdiri rumah teres dua tingkat terbaharu Eco Ardence iaitu Dremien.

888 dibaca
Berita Harian X