Rabu, 15 November 2017 | 8:43am

Pendakwa dan pegawai cukai serbu pejabat Volkswagen

FRANKFURT: Pendakwa dan pihak berkuasa percukaian menyerbu pejabat beberapa pegawai kanan Volkswagen, demikian menurut pengeluar kenderaan Jerman itu.

Penyiasat memeriksa pejabat Pengerusi Penyeliaan, Hans Dieter Poetsch; Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Frank Witter; dan Ketua Sumber Manusia, Karlheinz Blessing, demikian menurut jurucakap Volkswagen.

Fail dan komputer juga dirampas.

Serbuan berkaitan rasa syak berhubung pembayaran yang lebih tinggi daripada sepatutnya kepada Ketua Majlis Kerja, Bernd Osterloh, kata juru cakap itu.

Pejabat Osterloh juga diperiksa.

Kedua-dua majlis kerja dan pendakwa di Braunschweig tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Sumber hampir dengan perkara itu berkata, pihak berkuasa percukaian bertindak sedemikian kerana syak berlakunya aktiviti mengelak cukai. - Reuters

388 dibaca
Berita Harian X