Khamis, 7 Disember 2017 | 7:09pm

Penjadualan semula tiket KTMB

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dijadualkan semula bermula 18 Disember ini berikutan kemajuan kerja pembinaan landasan berkembar.

KTMB menerusi kenyataannya hari ini berkata, jualan tiket bagi perjalanan ke semua destinasi akan dibuka 60 hari lebih awal bagi perjalanan bermula dari 8 Disember 2018.

Sementara itu, bagi semua perjalanan selepas 7 Februari 2018 hingga 31 Mac depan pula jualan tiket perkhidmatan ETS akan mula dibuka pada 2 Januari 2018.

Berikutan daripada penjadualan semula itu, sebanyak 36 perkhidmatan ETS beroperasi lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat meliputi semua laluan termasuk dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Ipoh.

Penjadualan semula itu membolehkan ETS/Intercity memberikan perkhidmatan yang selesa, selamat dan cepat kepada penumpang.

Tiket boleh didapati di semua kaunter KTMB atau secara dalam talian menggunakan e-Ticket, aplikasi telefon pintar, KTM MobTicket dan ejen tiket berdaftar.

Untuk sebarang pertanyaan dan jadual lengkap boleh layari www.ktmb.com.my atau hubungi 03-22671200.

435 dibaca
Berita Harian X