Khamis, 11 Januari 2018 | 9:12pm

Unit Uzma raih kontrak Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Uzma Bhd, Uzma Engineering Sdn Bhd, memperoleh dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd, yang dijangka meningkatkan perolehannya pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 dan seterusnya.

Kontrak pertama adalah pembekalan unit operasi kerja pulih telaga hidraulik dengan tempoh kontrak mulai 28 Disember 2017 sehingga penyiapan tiga telaga, dengan pilihan perluasan kepada enam telaga lagi.

"Kontrak kedua pula adalah pembekalan unit operasi kerja pilih telaga hidraulik 340K dan 460K. Tempoh bagi kontrak payung itu selama tiga tahun mulai 22 Disember 2017 hingga 21 Disember 2020 dengan pilihan lanjutan tempoh selama setahun," menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sebelum ini, Uzma dilaporkan akan giat melaksanakan kontrak yang diperoleh bernilai kira-kira RM2.6 bilion sehingga 2019.

Semasa pasaran ditutup hari ini, saham Uzma susut satu sen kepada RM1.50 dengan 1.18 juta saham diniagakan. -BERNAMA

342 dibaca
Berita Harian X