Jumaat, 12 Januari 2018 | 1:42pm
DATUK Dr Zahari Husin.- Foto Supian Ahmad

Karnival MYPerodua kembali

KUALA LUMPUR: Karnival Perodua kembali dengan tawaran menarik sempena Kempen 'Happy New Ride' yang menawarkan diskaun RM2,000 bagi model Bezza Standard G dan Alza dan RM1,500 untuk Bezza Advance dan Axia.

Meneruskan kejayaan tahun lalu, karnival Perodua tahun ini ke wilayah utara dengan Amanjaya, Sungai Petani dipilih sebagai lokasi hujung minggu ini bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata karnival MYPerodua Nation menjanjikan sesuatu yang menarik untuk semua.

"Pengunjung boleh mendapatkan potongan sehingga 50 peratus daripada alat ganti terpilih, aksesori GearUp dan barangan di karnival ini.

"MYPerodua Nation juga akan menampilkan pameran khas 'Compact Nation' yang menceritakan kisah perjalanan 25 tahun Perodua ke arah menjadi pembuat kereta kompak paling digemari di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Karnival MyPerodua Nation adalah acara tahunan bagi mendekati peminat dan masyarakat tempatan. Tahun lalu, ia diadakan di Shah Alam.

Selain aktiviti menarik, ada juga cabutan bertuah telefon pintar bernilai lebih RM3,000.

Acara berkenaan akan diserikan oleh persembahan artis seperti iman Tino, Aizat Amdan, Projector Band, Hazama, Siti Nordiana dan watak animasi kanak-kanak, BoBoiBoy.

Maklumat lanjut, layari www.perodua.com.my.

202 dibaca
Berita Harian X