Isnin, 16 April 2018 | 4:04pm

Shell Helix kini ada di 11street

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia memperluaskan penawarannya dalam talian menerusi kerjasama dengan platform e-dagang, 11street, menyediakan kemudahan pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix secara dalam talian.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, berkata pembelian ini termasuk minyak Shell Helix pilihan pembeli, turas minyak dan caj buruh.

Tan berkata, gedung rasmi dalam talian Shell Malaysia itu membolehkan pengguna membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix sebelum menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan.

"Ketika ini kemudahan itu tersedia untuk pengguna di Semenanjung Malaysia, dengan hanya perlu membeli e-baucar sebelum membuat temu janji di 45 bengkel rakan kerjasama kami yang mengambil bahagian.

"Sempena penawaran ini juga, Shell dan 11street mengadakan peraduan Belanja dan Menang bermula dari 16 hingga 29 April 2018. Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak sama ada minyak motor Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

"Kerjasama ini juga membolehkan syarikat mengambil peluang atas trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai untuk wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Tan berkata, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE).

Beliau berkata, dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share, pengguna dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE termasuklah tawaran hebat beli tiga percuma satu bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.

Katanya, bagi kenderaan yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000 kilometer juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

Sementara itu, Naib Presiden Perdagangan 11street, Bruce Lim, berkata kerjasama itu bakal mengubah cara bagaimana pengguna mengakses perkhidmatan penyenggaraan kereta.

"11street menawarkan kemudahan kepada pengguna di Malaysia mendapatkan servis penukaran minyak Shell Helix di bengkel, sekali gus membantu pengguna mengurangkan masa menunggu untuk menjalankan servis kenderaan serta membolehkan mereka membuat temu janji dengan mudah mengikut kesesuaian," katanya.

53 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »