Rabu, 16 Mei 2018 | 2:08pm
DUA orang penting AVANA, Luqman dan YY.

Ramadan Bootcamp untuk usahawan dalam talian

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, AVANA, syarikat peneraju sistem e-dagang di Malaysia bakal mengadakan program Ramadan Bootcamp bagi usahawan dan peniaga dalam talian pada 19 Mei 2018.

Acara tahunan itu diadakan khusus untuk peniaga bagi mempelajari teknik pemasaran yang tepat, sekali gus menggandakan pendapatan mereka semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Program yang diberi tajuk 'Rahsia Lonjakkan Sales Di Bulan Ramadan' ini akan di adakan di Dewan Kuliah A, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam.

Dalam program ini, AVANA akan menampilkan lima ahli panel yang tidak asing lagi dalam dunia pemasaran online dan dunia peniagaan iaitu Pengasas Bomstart.my, Tuan Zulkifli Abdullah; E-Usahawan Master Trainer, Coach Zodie serta Coach Kamal: Pengasas NS Viral Agency, Tuan Naim Shamsul; dan Pelatih Perniagaan AVANA, Tuan Sulaiman Mokhtar.

Semua ahli panel bakal membuka rahsia dan teknik yang berkesan mengenai perniagaan dalam talian kepada hadirin.

"Kepada semua peniaga di luar sana, anda dialu-alukan untuk menghadiri seminar ini bagi mempelajari sendiri semua rahsia teknik pemasaran atas talian bersama barisan panel kami. Program ini terbuka kepada semua yang berminat sama ada yang baharu dalam perniagaan mahupun yang ingin menambah ilmu bisnes mereka," kata wakil pihak Avana.

Tiket boleh didapati di laman web serta laman Facebook AVANA Academy. Tiket dijual pada harga RM80 setiap satu dan tiket berkumpulan disediakan untuk yang berminat. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi AVANA di talian +6014 977 4275 atau emel pertanyaan anda kepada support@avana.asia

275 dibaca
Berita Harian X