Rabu, 16 Mei 2018 | 3:21pm

Kontena Nasional serah writ saman kepada Hood Osman

KUALA LUMPUR: Kontena Nasional Bhd menyampaikan writ saman dan pernyataan tuntutan ke atas bekas ketua pegawai eksekutif Hood Osman selain menuntut ganti rugi berjumlah RM66.59 juta.

MMC Corporation Bhd mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa anak syarikat tidak langsung, Kontena Nasional, sudah mengambil tindakan undang-undang ke atas Hood.

Tuntutan Kontena Nasional disandarkan kepada pelanggaran kontrak pekerjaan oleh Hood, selain penipuan dan pelanggaran lain di bawah Akta Syarikat 2016 dan undang-undang lain.

256 dibaca
Berita Harian X