Rabu, 13 September 2017 | 8:15pm

Ringgit kembali tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit kembali tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas merosot semalam, susulan permintaan tinggi ke atas mata wang tempatan itu meskipun situasi di Semenanjung Korea kembali tegang.

Pada jam 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.1900/9400 berbanding dolar daripada 4.2060/2090 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS juga memberi isyarat positif kepada pasaran, dan meningkatkan keyakinan ke atas ekonomi Malaysia.

Antara mata wang utama, ringgit didagangkan tinggi.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1127/1166 daripada 3.1244/1275 pada Selasa dan berbanding pound, ia meningkat kepada 5.5580/5650 daripada 5.5763/5820 semalam,

Unit tempatan juga meningkat berbanding yen kepada 3.8063/8106 daripada 3.8341/8372 pada Selasa dan tinggi berbanding euro kepada 5.0158/0219 berbanding 5.0304/0352 semalam. - BERNAMA

4783 dibaca
Berita Harian X