Khamis, 14 September 2017 | 10:23am

FBM KLCI dibuka 0.07 mata lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini tetapi turun sedikit todak lama selepas itu, meneruskan kejatuhan semalam dengan aktiviti pengambilan untuk berterusan dalam kaunter utama terpilih di tengah-tengah sentimen yang bercampur di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata pada 1,783.66 berbanding 1,786.07 penutup Rabu.

Indeks itu dibuka 0.07 mata lebih tinggi pada 1,786.14.

Bagaimanapun, di pasaran meluas kaunter untung mengatasi untung sebanyak 158 berbanding 95 dengan 213 kaunter tidak berubah, 1,367 tidak didagangkan dan 39 yang lain digantung urus niaga.

Sejumlah 157.34 juta saham bertukar tangan bernilai RM59.74 juta. - BERNAMA

86 dibaca
Berita Harian X