Khamis, 14 September 2017 | 12:57pm

Kurang minat belian pengaruhi ringgit

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan kurangnya permintaan terhadap mata wang tempatan, susulan pelabur kini menumpu penerbitan data inflasi AS hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1960/2000 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1940 penutup semalam.

Peniaga berkata, data inflasi AS boleh memberi petunjuk berhubung cadangan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1054/1095 daripada 3.1127/1166 Rabu dan menokok berbanding yen kepada 3.7949/7988 daripada 3.8063/8106.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.5408/5474 daripada 5.5580/5650 dan ia juga mengukuh berbanding euro kepada 4.9857/9913 daripada 5.0158/0219. - BERNAMA

191 dibaca
Berita Harian X