Jumaat, 13 Oktober 2017 | 9:47am

Saham Kobe Steel merudum

TOKYO: Harga saham Kobe Steel Ltd merudum lebih lapan peratus pada awal dagangan pagi ini selepas surat khabar Nikkei berkata, lebih ramai pelanggan bukan Jepun termasuk Daimler AG dan Airbus SE menerima kesan daripada pemalsuan data oleh syarikat itu.

Saham Kobe Steel jatuh 8.5 peratus pada 0030 GMT selepas stabil semalam untuk ditutup lebih tinggi sedikit.

Ketua Eksekutif Hiroya Kawasaki semalam memberi amaran bahawa amalan pemalsuan data, yang dikatakan syarikat itu memberi kesan kepada kira-kira 200 syarikat beroperasi di negara itu, berkemungkinan merebak ke luar Jepun.

Kerajaan Jepun mengarahkan syarikat itu membuat laporan bagaimana salah laku itu berlaku dan berhubung keselamatan berkaitan dalam tempoh dua minggu. - Reuters

201 dibaca
Berita Harian X