Selasa, 14 November 2017 | 10:33pm
- Gambar hiasan

Wall Street dibuka rendah

NEW YORK: Wall Street dibuka lebih rendah hari ini berikutan kebimbangan mengenai pelan cukai Republikan dan keupayaan ekonomi untuk menangani kenaikan kadar faedah yang mempengaruhi keyakinan pelabur.

Saham di Home Depot kekal tinggi, manakala saham peruncit TJX susut selepas laporan suku tahunan.

Pada jam 8.32 pagi (1232 GMT), e-mini Dow turun 38 mata atau 0.16 peratus, dengan 27,263 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 susut 5 mata atau 0.19 peratus, dengan 176,095 kontrak didagangkan.

E-mini Nasdaq 100 hilang 5.25 mata atau 0.08 peratus, dengan jumlah 29,520 kontrak.

Laporan Jabatan Buruh menunjukkan harga pengeluar meningkat 0.4 peratus pada Oktober, selepas kenaikan yang sama pada September. - Reuters

85 dibaca
Berita Harian X