Khamis, 11 Januari 2018 | 5:48pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan minat belian beralih ke barisan bawah, pasaran ACE, teknologi, minyak dan gas, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,816.88 turun 6.04 mata dari penutupan 1,822.92 semalam selepas membuka 0.9 mata lebih rendah pada 1,822.02.

FBMACE berada pada 6,865.20 turun 175.83 mata, dan FBMEmas berada di 13,155.70 turun 74.17 mata.

Terdapat 265 kaunter untung, 781 rugi dan 363 kaunter tidak berubah pada Bursa Malaysia.

Perolehan berada pada 4.017 bilion saham bernilai RM3.046 bilion. - BERNAMA

126 dibaca
Berita Harian X