Jumaat, 12 Januari 2018 | 9:11am

Harga minyak mentah ditutup tinggi

NEW YORK: Harga minyak ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun selepas penanda aras Brent mencecah AS$70 setong.

Ia dipengaruhi faktor tanda pengurangan bekalan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan Brent ditutup enam cents lebih tinggi pada AS$69.26 setong, selepas mencecah AS$70.05 setong dalam sesi dagangan, paras tertingginya sejak November 2014.

Harga Brent menokok lima peratus sejak awal tahun ini, meneruskan momentum peningkatan sejak akhir tahun lalu.

West Texas Intermediate (WTI) pula ditutup pada AS$63.80 setong, naik 23 cents, paras tertinggi sejak Disember 2014. - Reuters

131 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »