Jumaat, 12 Januari 2018 | 9:52am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melonjak untuk dibuka tinggi hari ini, berikutan minat belian selepas mengalami kerugian selama tiga hari berturut-turut, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,823.62, naik 6.74 mata daripada penutup semalam iaitu 1,816.88, dan selepas dibuka 8.13 mata lebih tinggi pada 1,825.01.

Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 363 berbanding 113, manakala 228 kaunter tidak berubah, 1,110 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah saham sebanyak 393.44 juta saham bernilai RM187.11 juta. - BERNAMA

67 dibaca
Berita Harian X