Jumaat, 12 Januari 2018 | 5:57pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini didorong pengukuhan ringgit, data ekonomi yang lebih baik dan harga minyak yang lebih kukuh, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI berakhir pada 1,822.67 naik 5.79 mata, daripada penutupan 1,816.88 semalam dan selepas dibuka 8.13 mata lebih tinggi pada 1,825.01.

Barometer pasaran bergerak antara 1,818.78 dan 1,825.81 sepanjang hari.

FBMACE pula pada 6,905.78 meningkat 40.58 mata dan FBMEmas berada pada 13,222.60 naik 66.90 mata.

Keseluruhan pasaran pula, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 643 berbanding 389, manakala 389 kaunter tidak berubah, 403 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.93 bilion unit, bernilai RM3.28 bilion, dari 4.01 bilion unit bernilai RM3.04 bilion pada Khamis. - BERNAMA

123 dibaca
Berita Harian X