;
Selasa, 6 March 2018 | 10:12am
RINGGIT dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pagi ini. - Foto hiasan

Ringgit dibuka mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini menyaksikan minat belian baharu terhadap nota tempatan.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8990/9040 berbanding dolar AS daripada 3.9050/9080.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata sebagai tambahan harga minyak yang lebih tinggi susulan berita berhubung penyusutan inventori minyak mentah di Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit

Brent didagangkan 0.32 peratus lebih tinggi pada A$65.75 satu tong.

Innes berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar faedah minggu ini, dengan bank pusat itu memilih ringgit yang lebih kukuh untuk bertindak sebagai pengukuh persekitaran monetari.

"Secara keseluruhan, kenyataan BNM akan memberi kebaikan kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon," katanya.

BNM akan mengadakan mesyuarat dasar monetari esok. - BERNAMA

494 dibaca
Berita Harian X