Selasa, 13 March 2018 | 1:37pm

Bursa Malaysia ditutup rendah akhir dagangan pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari prestasi lemah bursa serantau, susulan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.12 mata kepada 1,860.1 berbanding 1,861.22 pada penutupan Isnin.

Selepas dibuka 6.14 mata lebih rendah pada 1,855.08, indeks bergerak antara 1,853.97 dan 1,862.02 di sepanjang dagangan pagi.

Public Investment Bank Bhd dalam notanya berkata prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street yang berusaha untuk meneruskan keuntungan kukuh Jumaat lepas, menjejaskan pasaran serantau, termasuk Bursa Malaysia.

Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.28 peratus kepada 31,505.41, Indeks Komposit Jakarta turun 0.65 peratus kepada 6,458.62, namun Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.08 peratus kepada 3,543.03.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 483 berbanding 296, manakala 381 kaunter tidak berubah, 716 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.19 bilion saham bernilai RM757.27 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank untung dua sen kepada RM10.46, Public Bank menambah 34 sen kepada RM23.00, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.11, manakala Tenaga kekal pada RM15.62 danCIMB susut dua sen kepada RM7.25.

Bagi kaunter aktif, QES Group, Nexgram, Sumatec Resources masing-masing kekal pada 21.5 sen, lima sen dan 6.5 sen.

Sementara itu, NWP Holdings dan Sapura Energy masing-masing merosot satu sen kepada 32 sen dan 45.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 14.76 mata kepada 13,096.11, Indeks FBMT 100 turun 13.89 mata kepada 12,841.28 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 5.3 mata kepada 13,288.9.

FBM 70 susut 37.88 mata kepada 15,644.62, namun FBM Ace meningkat 6.21 mata kepada 5,986.26.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 0.94 mata kepada 18,111.51 dan Indeks Perusahaan susut 13.2 mata kepada 3,223.83. Indeks Perladangan bagaimanapun meningkat 13.73 mata kepada 8,101.93. -BERNAMA

128 dibaca
Berita Harian X