Rabu, 14 March 2018 | 9:46am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini disebabkan prestasi Wall Street yang menyaksikan dagangan bertukar ketara dalam saham sektor teknologi dan tenaga, kata peniaga.

Pada jam 9.30 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,860.81 turun 3.22 mata daripada 1,864.03 pada penutup Selasa.

FBMACE pula berada pada 5,992.40 naik 0.87 mata, dan FBMEmas berada pada 13,087.18 turun 30.95 mata.

Indeks utama dibuka 1.54 mata lebih mudah pada 1,862.49.

Terdapat 138 kaunter untung, 300 kaunter rugi dan 257 kaunter tidak berubah pada Bursa Malaysia.

Perolehan berada pada 293.366 juta saham bernilai RM150.686 juta.

-BERNAMA

83 dibaca
Berita Harian X