Isnin, 16 April 2018 | 6:31pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,878.76, meningkat 10.29 mata berbanding 1,868.472 pada penutupan Jumaat lalu.

Indeks bergerak antara 1,867.21 dan 1,878.76 hari ini selepas dibuka 0.22 mata lebih tinggi pada 1,868.69.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew bekata pasaran pada awalnya bimbang mengenai jualan ketara saham-saham bermodal kecil.

Namun, momentum belian lebih kukuh berbanding aktiviti jualan, katanya.

"Kami juga melihat kaunter berkaitan minyak dan gas di Bursa Malaysia mencatat prestasi yang baik hari ini.

"Ini disebabkan kebimbangan mengenai bekalan minyak ekoran ketegangan geopolitik selain pengumuman dari Timur Tengah yang merancang menaikkan harga minyak mentah daripada paras semasa pada AS$70 (AS$1 > RM3.88) setong kepada hampir AS$80 setong," katanya kepada Bernama.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap susut 12.49 mata kepada 15,114.62.

Mengenai prestasi tinggi di Bursa Malaysia, beliau berkata ada pelabur yang dilihat berlindung dalam pasaran pesat membangun daripada pasaran maju.

"Ada pandangan luar biasa yang menyaksikan pasaran pesat membangun kini menjadi tempat yang lebih selamat berbanding pasaran maju disebabkan indeks yang lebih stabil. Pasaran maju kini turun naik.

"Indeks penanda aras kini pada paras 1,878 dan dijangkaka meepasi paras teringgi bulan ini, yang ditutup pada 1,897," katanya.

Kedudukan pasaran bagaimanapun negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 518 berbanding 409, manakala 370 tidak berubah, 598 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.06 bilion berbanding 2.72 bilion unit bernilai RM2.19 bilion pada Jumaat.

Antara saham wajaran tinggi, GenM menokok 22 sen kepada RM5.3, TM untung 21 sen kepada RM5.63, Maybank dan Digi.Com masing-masing menokok enam sen kepada RM10.60 dan RM4.54, manakala PetDag melonjak 60 sen kepada RM26.08.

NSOP susut 20 sen kepada RM3.57, DKSH turun 17 sen kepada RM3.65 manakala AEONCR dan Kossan masing-masing susut 12 sen kepada RM12.98 dan RM7.68.

Saham paling aktif didagangkan, Sapura Energy, meningkat 2.5 sen kepada 76.5 sen, dengan 332.979 juta saham bertukar tangan.

UMWOG melonjak 1.5 sen kepada 31.5 sen, waran HIBSCS meningkat dua sen kepada 43 sen manakala Sumatec dan PUC masing-masing susut setengah sen kepada sembilan sen dan 25.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 53.36 mata kepada 13,182.88 dan Indeks FBMT 100 melonjak 56.72 mata kepada 12,978.35.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 46.45 mata kepada 13,399.15, FBM 70 menambah 20.18 mata kepada 15,839.76, namun FBM Ace merosot 20.18 mata kepada 5,573.91.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan naik 7.45 mata kepada 3,228.43, Indeks Perladangan meningkat 8.05 mata kepada 8,062.58 dan Indeks Kewangan menambah 55.27 mata kepada 18,317.12.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 1.65 bilion unit bernilai RM1.88 bilion berbanding 1.61 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran susut kepada 561.17 juta unit bernilai RM96.55 juta berbanding 595.02 juta unit bernilai RM74.17 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 460.37 juta saham bernilai RM86.34 juta daripada 503.08 juta saham bernilai RM100.67 juta pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang 75.14 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustrian (346.81 juta), pembinaan (53.07 juta), perdagangan dan perkhidmatan (920.01 juta), teknologi (85.52 juta), infrastruktur (15.02 juta), SPAC (21.83 juta ), kewangan (44.97 juta), hotel (1.0 juta), hartanah (68.62 juta), perladangan (17.64 juta), perlombongan (34,300), REIT (3.77 juta). - BERNAMA

138 dibaca
Berita Harian X