;
Rabu, 16 Mei 2018 | 8:12am
- Gambar hiasan

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Peningkatan dalam pulangan bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke paras tertinggi hampir tujuh tahun mencetus penyusutan harga saham di di Wall Street.

Ketiga-tiga indeks utama ditutup lebih rendah.

Dow Jones Industrial Average turun 193 mata, atau 0.78 peratus, kepada 24,706.41.

S&P 500 susut 18.68 mata, atau 0.68 peratus, kepada 2,711.45.

Nasdaq Composite turun 59.69 mata, atau 0.81 peratus, kepada 7,351.63.

Sejumlah 6.60 bilion saham bertukar tangan, berbanding 6.67 bilion purata 20 hari dagangan sebelum itu.

Pulangan nota Perbendaharaan 10 tahun AS melonjak ke paras tertinggi sejak Julai 2011, mencadangkan peningkatan inflasi dan menyebabkan indeks dolar ke paras penutup tertinggi 2018.

Ini meningkatkan jangkaan kemungkinan Rizab Persekutuan akan menaikkan lagi kadar faedah. - Reuters

346 dibaca
Berita Harian X