;
Rabu, 16 Mei 2018 | 1:24pm

Brent turun

SINGAPURA: Harga minyak turun hari ini ditarik turun bekalan mencukupi sungguhpun pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$78.23 satu tong pada 0445 GMT, susut 20 cent, atau 0.3 peratus, berbanding penutup sebelum ini.

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$71.08 satu tong, turun 23 cent, atau 0.3 peratus, daripada penutup sebelum ini.

Sungguhpun kejatuhan itu, kedua-dua penanda aras itu kekal tinggi di paras tertinggi November 2014 masing-masing pada AS$79.47 dan AS$71.92 satu tong, yang dicapai hari sebelumnya.

Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda pengeluaran akan meningkat, terutamanya oleh syarikat minyak utama seperti ExxonMobil, Royal Dutch Shell, Chevron, BP dan Total.

Harga kargo minyak mentah semerta berad apada diskaun paling runcing berbanding harga dagangan hadapan berikutan penjual bertungkus lumus mencari pembeli untuk kargo Afrika Barat, Russia dan Kazakh, manakala kesesakan saluran paip menjejaskan bekalan di Texas dan Kanada.

Kesesakan di Amerika Utara dijangka menyumbang kepada kenaikan 4.9 juta tong dalam inventori minyak mentah AS, kepada 435.6 juta tong, demikian menurut laporan American Petroleum Institute (API).

Data rasmi simpanan bahan api kerajaan AS akan dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) lewat hari ini. - Reuters

1096 dibaca
Berita Harian X