;
Rabu, 16 Mei 2018 | 1:34pm

Bursa Malaysia tinggi sesi pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi mengekalkan momentum belian.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.33 mata kepada 1,854.53 berbanding 1,848.2 penutup Selasa.

Indeks itu dibuka 3.63 mata lebih tinggi pada 1,851.83 dan bergerak dalam jajaran antara 1,841.83 dan 1,855.69 sepanjang sesi.

Peniaga berkata, bursa tempatan terus mencatat prestasi baik, mengatasi jangkaan reaksi negatif daripada perubahan kerajaan.

Dalam kalangan kaunter utama, Public Bank naik 18 sen kepada RM24.18, Petronas Chemicals menambah dua sen kepada RM8.62 dan CIMB Group menokok lima sen kepada RM6.80.

TNB susut dua sen kepada RM15.90, manakala Maybank mendatar pada RM10.80.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 431 berbanding 399, dengan 325 kaunter tidak berubah, manakala 726 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 1.72 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.15 bilion. - BERNAMA

456 dibaca
Berita Harian X