Rabu, 16 Mei 2018 | 6:57pm

Bursa Malaysia ditutup kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini dengan sentimen pelabur semakin bertambah baik susulan jaminan kerajaan terhadap persekitaran mesra pelaburan.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata kepada 1,858.26 daripada 1,848.2 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 3.63 mata lebih tinggi kepada 1,851.83 dan bergerak antara 1,841.83 dan 1,862.35 sepanjang hari.

Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual bersama penerbitan perniagaan antarabangsa semalam memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengekalkan persekitaran​​​​​​​ mesra perniagaan.

Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung asing dari seluruh dunia, termasuk China.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.86, Public Bank menokok​​​​​​​ 50 sen kepada RM24.50, Petronas Chemicals bertambah dua sen kepada RM8.62 dan CIMB naik 10 sen kepada RM6.85.

Bagi saham aktif, Advance Synergy susut tiga sen kepada 19.5 sen manakala Sapura Energy dan MRCB masing-masing turun setengah sen kepada 81 sen dan 76.5 sen.

UMW O&G meningkat setengah sen kepada 30 sen, manakala Nexgram tidak berubah pada lima sen.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 492 berbanding 486, manakala 368 kaunter tidak berubah, 535 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada tiga bilion unit bernilai RM2.911 bilion daripada 4.31 bilion unit bernilai RM4.44 bilion yang dicatatkan semalam.

Indeks FBM Emas meningkat 71 mata kepada 12,950.37, FBM Ace bertambah 21.22 mata kepada​​​​​​​ 5,495.96 dan Indeks FBMT 100 menokok 68.37 mata kepada 12,747.94.

Indeks FBM Emas Syariah naik 29.66 mata kepada 13,070.2 dan FBM 70 meningkat 79.42 mata​​​​​​​ kepada 15,255.49.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 172.26 mata kepada 18,374.72, Indeks Perusahaan naik​​​​​​​ 2.97 mata kepada 3,288.43 dan Indeks Perladangan bertambah 24.6 mata kepada​​​​​​​ 8,012.81.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.09 bilion saham bernilai RM2.75 bilion daripada​​​​​​​ 3.03 bilion ​​​​​​saham bernilai RM4.22 bilion yang direkodkan pada Selasa.

Waran mencatatkan jumlah dagangan sebanyak 562.61 juta unit bernilai RM95.49 juta berbanding​​​​​​​ 693.48 juta unit bernilai RM92.02 juta yang direkodkan semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada kepada 344.17 juta saham bernilai RM60.41 juta daripada 576.48 juta saham bernilai RM129.95 juta pada Selasa.

Barangan pengguna menyumbang 50.82 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (311.33 juta), pembinaan (200.93 juta), perdagangan dan perkhidmatan (1.07 bilion), teknologi​​​​​​​ (139.35 juta), infrastruktur (17.18 juta), SPAC (9.58 juta), kewangan (66.58 juta), hotel (22.2 juta), hartanah (166.34 juta), perladangan (25.37 juta), perlombongan (11,200), REIT (11.48 juta) dan dana tertutup. - BERNAMA

356 dibaca
Berita Harian X