Rabu, 16 Mei 2018 | 7:09pm

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan permintaan lebih baik bagi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, susulan peningkatan hasil bon AS.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut pada 3.9650/9700 berbanding dolar AS daripada 3.9540/9580 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata penyusutan ringgit sejajar dengan aliran penurunan mata wang Asia susulan pelabur asing mengambil langkah melakukan jualan dalam pasaran bon Asia.

"Bon Malaysia menyaksikan aliran keluar asing sebanyak AS$1.2 bilion pada April," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen yang merosot kepada 3.5993/6042 daripada 3.5972/6081 semalam.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9530/9569 daripada 2.9578/9617, naik berbanding pound British kepada 5.3416/3500 daripada 5.3565/3635 dan menokok berbanding euro kepada 4.6811/6886 daripada 4.7155/7211.

- BERNAMA

1187 dibaca
Berita Harian X