Rabu, 14 Jun 2017 | 1:41am

Langsing bergaya dengan seluar Mint Air 9 Hot Slimming Pants

SOFT SNUG dengan bangganya mempersembahkan Mint Air 9 Soft Snug, seluar pelangsing popular yang diperbaharui dengan kualiti premium.

Seluar Mint Air 9 Soft Snug terbaharu ini dibuat dengan teknologi dan bahan-bahan yang sama untuk produksi asal Mint+. Ianya adalah ciri terbaru untuk jenama pakaian pelangsing premium ini dalam rangkaian produknya yang direka agar membantu anda mencapai bentuk badan sempurna lebih cepat daripada sebelum ini!

Dengan reka bentuk yang canggih, seluar Mint Air 9 Soft Snug membantu anda mengurangkan lemak sehingga 300 peratus, mengecilkan pinggang, perut dan paha dengan bersenam. Ini adalah lebih baik berbanding bersenam dan berdiet secara keterlaluan untuk mencapai impian berat badan ideal anda.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti kecergasan, seluar Mint Air 9 Soft Snug ini juga memiliki banyak kelebihan lain. Rekaannya membolehkan anda mendapat manfaat kecergasan yang maksimum dan hasil yang lebih pantas. Ini kerana seluar ini boleh anda padankan dengan rutin kecergasan anda.

Di samping itu, rekaannya mementingkan gaya agar anda kelihatan langsing dan mantap. serta boleh disesuaikan dengan apa jenis pakaian dan kelengkapan sukan. Siapa yang tidak mahu kelihatan menarik walaupun ketika berjoging, berjalan atau bersenam di gimnasium?

Jadi, apakah rahsianya? Seluar ini dibuat dengan bahan Neotex khas yang membolehkan anda meningkatkan suhu badan bagi menggalakkan anda berpeluh, selain elastik, ringan dan mempunyai pengudaraan baik untuk keselesaan maksimum dan kebebasan bergerak. Selain itu, ianya juga menyerap peluh untuk memastikan anda kekal kering di luar tanpa sebarang kesan peluh.

Soft Snug ialah kaedah terbaik untuk anda menurunkan berat badan dan tampak langsing penuh gaya. Jangan tunggu lagi! Rebutlah seluar Mint Air 9 Hot Slimming serta barangan lain daripada katalog pelangsingan mereka secara online di laman web rasmi mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.softsnug.com atau hubungi 013 2726820 atau e-mel kepada tiffany@softsnug.com untuk sebarang pertanyaan.

343 dibaca
Berita Harian X