Rabu, 6 Disember 2017 | 12:07pm

Samsung ganda memori telefon pintar kepada 512 gigabait

KUALA LUMPUR: Samsung Electronics menggandakan keupayaan memori flash dalam telefon pintarnya kepada 512 gigabait.

Ia sudah memulakan mengeluarkannya pakej penstoran baharu itu secara besar-besaran, demikian menurut syarikat itu yang dipetik Nikkei Asia Review.

Peningkatan keupayaan itu akan hadir dalam telefon pintar dan peranti premium Samsung yang akan diperkenalkan pada 2018.

Ia memberikan pengguna cukup ruang untuk menyimpan 130 video kira-kira 10 minit setiap satu dalam resolusi ultra tinggi 4K, kata Samsung.

Keupayaan penyimpanan 512 gigabait itu adalah tiga tahun berturut-turut Samsung memperkenalkan peranti baharu dalam keupayaan penyimpanan digandakan sejak ia membangunkan memori 128 gigabait pada 2015.

Ketika ini telefon pintar utama yang ada di pasaran, termasuk Samsung dan iPhone, didatangkan dengan memori 256 gigabait.

241 dibaca
Berita Harian X