Khamis, 4 Januari 2018 | 3:37pm

AT&T akan lancar 5G tahun ini

BENGALURU: AT&T Inc, syarikat telekomunikasi tanpa wayar kedua terbesar Amerika Syarikat (AS), berkata ia akan melancarkan perkhidmatan rangkaian mudah alih generasi ke-5 (5G) di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) lewat tahun ini.

Ia susulan termuktamadnya piawai tanpa wayar antarabangsa bagi rangkaian bulan lalu.

Teknologi 5G dijangka menyediakan kelajuan lebih tinggi dan waktu maklum balas lebih pantas berbanding rangkaian 4G yang digunakan hari ini.

- Reuters

302 dibaca
Berita Harian X