Jumaat, 8 September 2017 | 1:02pm
VIDA ketika menjadi tetamu Segmen Bangun Pagi di V Radio Jakarta, hari ini. - Foto Hafizah Iszahanid

DSV+LV = DSV-LV

JAKARTA: Usahawan popular, Datuk Seri Dr Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida bekerjasama dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk mengeluarkan beg tangan yang dinamakan DSV-LV.

Vida berkata, semua rekaan DSV-LV diusahakan beliau sendiri dan akan dipasarkan untuk pasaran Asia Tenggara.

"Semua orang tahu saya sukakan beg tangan. Tapi untuk keluarkan beg tangan jenama sendiri tak mampu lagi kerana ia bukan 'forte' saya. Jadi kerjasama LV ini sudah cukup baik.

"Saya sukakan 'sling beg' dan mesti bling-bling," katanya dalam temu bual Segmen Bangun Pagi di V Radio di sini, hari ini.

Vida berkata, beliau memang menggemari jenama LV dan sehingga kini memiliki 100 beg jenama berkenaan.

"Saya juga sukakan beg yang ditempah khas kerana pengeluarannya terhad dan dalam tempoh masa tertentu boleh djual semula dan mendapat pulangan lumayan," katanya.

Vida yang berada di Jakarta sempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia (IIBF) 2017 menjadi tetamu Bangun Pagi sebagai usaha beliau menembusi pasaran Indonesia.

Beliau juga akan melancarkan buku I Am Me: Rahsia Niaga DSV terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di IIBF 2017 esok.

6697 dibaca
Berita Harian X